Ziarah Kasih UMNO Putrajaya, Sumbang Katil Kepada Penduduk Memerlukan
PUTRAJAYA – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim menegaskan bahawa perjuangan UMNO dalam memberikan khidmat bakti kepada rakyat tidak akan terhenti.
Dalam satu program ziarah kasih, beliau melawat Encik Thangaraju, seorang penduduk di Presint 8 yang memerlukan bantuan.
Ujarnya, sebagai tanda keprihatinan, Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah menyumbangkan sebuah katil khas untuk kegunaan Encik Thangaraju.
Apa yang pasti, walaupun tidak lagi memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan terus menunjukkan komitmen beliau dalam membantu penduduk yang memerlukan di kawasan ini.
“UMNO sentiasa berpegang kepada prinsip perjuangan untuk rakyat. Kita akan terus membantu mereka yang memerlukan, tanpa mengira situasi politik semasa,” kata Datuk Ahmad Faisal.
Program sebegini merupakan antara inisiatif berterusan UMNO Putrajaya dalam memastikan kesejahteraan masyarakat setempat sentiasa terpelihara. – UMNOPutrajaya