Program Gerak Rahmah Meriahkan Komuniti Putrajaya dengan Jom Masak Bubur Lambuk
PUTRAJAYA – Program Gerak Rahmah yang dianjurkan di KRT Fasa 5 berjaya menyatukan masyarakat setempat dalam semangat kebersamaan menerusi aktiviti Jom Masak Bubur Lambuk. Program ini melibatkan Surau, Persatuan Penduduk, serta Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon 6 dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
Turut hadir dalam program ini ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim yang bersama-sama penduduk menyertai aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk. Kehadiran beliau menyerikan lagi majlis dan memberikan dorongan kepada komuniti setempat dalam menjayakan program berbentuk kebajikan ini.
Program ini juga dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Putrajaya, Encik Syukri, serta Timbalan Setiausaha Bahagian (TSUB) BPH, Encik Shahredzuan. Pengerusi MPP Sub Zon 6, Saudara Sharif, turut hadir bagi menyokong usaha memupuk keharmonian dan perpaduan dalam kalangan penduduk.
Program Gerak Rahmah ini bukan sahaja bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara komuniti, tetapi juga sebagai salah satu inisiatif dalam menyemarakkan semangat gotong-royong dan kebersamaan menjelang bulan Ramadan. Ramai penduduk yang hadir menunjukkan sokongan mereka terhadap usaha ini, sekaligus membuktikan semangat perpaduan yang tinggi dalam kalangan masyarakat Putrajaya.
Dengan adanya program seperti ini, diharapkan nilai perpaduan dan kerjasama dalam kalangan masyarakat dapat terus diperkukuhkan, selari dengan matlamat kerajaan dalam membina masyarakat yang harmoni dan bersatu padu. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.