UMNO Putrajaya Terus Prihatin, Salur Bantuan Ramadan Kepada Penduduk
PUTRAJAYA – Penerangan UMNO Bahagian Putrajaya bersama Biro Kebajikan UMNO Bahagian Putrajaya meneruskan komitmen membantu masyarakat setempat melalui program sumbangan ‘Tak Banyak Alasan’ sepanjang bulan Ramadan.
Program ini merupakan simbol keprihatinan UMNO terhadap rakyat dengan menyampaikan bantuan barangan keperluan harian seperti biskut, tepung, gula, dan lain-lain kepada penduduk yang memerlukan. Meskipun ahli Parlimen kawasan ini bukan daripada UMNO atau Barisan Nasional (BN), UMNO Bahagian Putrajaya tetap teguh dengan agenda kebajikan tanpa banyak alasan.
Inisiatif ini mendapat sambutan positif daripada masyarakat yang menghargai usaha UMNO dalam memastikan kesejahteraan mereka terus terbela, khususnya dalam menghadapi bulan penuh keberkatan ini. Sumbangan yang diberikan diharap dapat meringankan beban penduduk serta mengeratkan lagi hubungan antara pemimpin dan rakyat.
Dengan semangat kebersamaan dan prihatin terhadap kebajikan rakyat, UMNO Bahagian Putrajaya bertekad untuk terus melaksanakan program-program yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.