New CEC DAP – Apa yang kita perlu belajar?
Semalam selesai pemilihan CEC DAP untuk sesi 2025-2027 yang akan mencorak dan menentukan dasar dan kerjasama politik untuk PRU16. Agak menarik dengan senarai 30 orang CEC yang menang semalam. Aura LGE makin pudar, pemimpin ultra DAP seperti Teresa Kok, Rayer, Lim Lip Eng dan Lim Hui Ying adik LGE semua terpelanting keluar. Young Sefura dan Shahredzan Johan AP Melayu juga tersenarai.
Adakah perwakilan DAP cuba menjadikan DAP lebih “moderate” berbanding bersifat ultra sebelum ini seperti mana zaman Dinasti Lim (Kit Siang & Guan Eng). Mencadangkan tempoh 10 tahun jawatan PM seperti “ada sesuatu agenda yang sedang berlaku” dan menerima darjah kebesaran dari Istana seperti ingin melunakkan tanggapan DAP menghormati institusi Istana.
Seperkara yang kita perlu pelajari dan fahami dari pemilihan CEC ini hanya sebagai kosmetik politik kerana ia masih tidak menukar dasar “Malaysian Malaysia” yang diperjuangkan atas nama keadilan dan kesamarataan sosial berpaksikan politik sekularisme yang majoriti orang-orang Melayu Islam masih tidak boleh menerimanya.
Bagaimana kepimpinan UMNO perlu “react” dengan pasca pemilihan CEC DAP kali ini? Kita jangan lupa PAP pernah lakukan perkara yang sama dengan “menjual” songkok untuk menarik sokongan Melayu dan Islam tetapi dalam waktu yang sama politik sekularisme masih kekal utuh dalam perjuangan mereka. Adakah orang Melayu mudah dibeli dengan pemimpin DAP yang “menjual” songkok kpd masyarakat Melayu/Islam.
Anthony Loke di dalam ucapan dasarnya mengunakan ayat konfigurasi politik yang mempunyai maksud yang amat mendalam. Lihat bagaimana dia membawa suara CEC dan AP DAP, dalam ucapannya secara terbuka tidak setuju pindaan akta yang cuba dibuat oleh YB Sen MDN DS Saifuddin Nasution. Dia bermain politik secara halus dan menunjukkan DAP adalah 2T iaitu Taiko dan Tauke dalam komponen PH. Secara tidak langsung optiknya YAB PM seperti dikawal oleh DAP bukannya kabinetnya yang saya berharap ianya tidak berlaku.
Akhir kata, sesuatu yang menjelaskan dan besar rahmat DAP tidak menjemput UMNO/BN ke konvensyennya semalam. Ianya terbukti yang UMNO/BN bukan UMDAP seperti didakwa oleh musuh politiknya. UMNO/BN kekal bersifat silo dan mencorak politiknya sendiri utk survival yang dalam waktu yang sama tidak terikat dengan dasar, kelakuan dan kaedah DAP dan PH. Itu adalah pengamatan saya sendiri berhubung pemilihan CEC semalam. Wallahuallam.
Gulam Muszaffar
Ketua UMNO Bhgn Batu merangkap Ketua Penerangan UMNO WP