Salam Nuzul Al-Quran: Tengku Adnan Seru Jadikan Al-Quran Panduan Hidup
PUTRAJAYA – Bendahari UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya mengucapkan Salam Nurul Al-Quran kepada seluruh umat Islam dan menyeru agar kitab suci Al-Quran dijadikan panduan sepanjang kehidupan.
Beliau menekankan kepentingan menjadikan Al-Quran sebagai pedoman utama dalam menghadapi cabaran kehidupan seharian, khususnya dalam membentuk masyarakat yang lebih berakhlak, berdisiplin dan bertanggungjawab.
“Al-Quran adalah sumber ilmu dan panduan terbaik bagi umat Islam dalam semua aspek kehidupan. Dengan berpegang teguh kepada ajaran Al-Quran, kita dapat membentuk peribadi mulia, keluarga yang harmoni dan masyarakat yang lebih bertamadun,” katanya.
Beliau turut mengajak seluruh umat Islam untuk meningkatkan ibadah dan mengambil keberkatan bulan ini dengan lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT.
“Kita berada dalam bulan yang penuh rahmat, maka marilah kita bersama-sama meningkatkan amalan ibadah, memperbanyakkan bacaan Al-Quran serta memperkukuhkan hubungan sesama umat Islam,” tambahnya.
Selain itu, beliau juga mengingatkan agar umat Islam tidak sekadar membaca Al-Quran tetapi turut memahami dan menghayati setiap makna serta pengajarannya dalam kehidupan seharian. – UMNOPutrajaya