Isu Kg Sg Baru – PN Terciduk
Saya amat bersetuju dengan kenyataan dari Timbalan Presiden PAS YB Tuan Ibrahim Tuan Man yang mana sepatutnya menuntut penjelasan dari 2 orang bekas Menteri WP sebelum ini iaitu YBhg TS Annuar Musa, YB DS Shahidan Kassim dan Bekas AP Titiwangsa DS Rina Harun kerana didakwa pro, menyebelahi dan cenderung kepada pihak pemaju sebelum ini.
Dakwaan ini dimaklumkan penduduk yang tertindas iaitu Pn Zainab Alias Pengerusi JK Sementara Penduduk Kg Sungai Batu ketika perjumpaan 23 AP PN yang diketuai oleh Ketua Pembangkang YB DS Hamzah Zainuddin baru-baru ini. Ramai AP2 PN yang hadir seperti terkedu sebab dah “salah tembak”. Ingatkan nak tembak YB dari UMNO atau kerajaan sekarang tetapi onarnya dimulakan oleh geng-geng mereka sendiri.
Tindakan mereka ibarat menepuk air didulang terpercik ke muka sendiri. Seingat saya ketika YB DS Johari Ghani menjadi AP Titiwangsa, beliau pernah mencadangkan kepada penduduk yang terlibat agar tidak menerima tawaran berkonsepkan JV daripada pemaju disebabkan faktor kewangan syarikat.
Akhir kata, dengan kenyataan ini ianya ibarat YB DS Hamzah Zainuddin “membuka pekung dan tembak” kawan-kawannya sendiri yang berada dalam PPBM dan PAS. Kesian kerana tak pasal-pasal nama kena sungkit dan naik dalam perjumpaan semalam. Alhamdullilah nama pemimpin UMNO bersih dalam isu kg sg baru ini.
Gulam Muszaffar
Ketua UMNO Bhgn Batu merangkap Ketua Penerangan UMNO WP
11hb April 2025