UMNO Putrajaya Tunjuk Sokongan Padu kepada Calon BN di PRK DUN Ayer Kuning
TAPAH – UMNO Putrajaya hari ini menunjukkan solidariti penuh dengan turun padang memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN), Dr Ustaz Yusri Bakir sempena hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.
Kehadiran jentera UMNO Putrajaya bersama kepimpinan parti menyerlahkan semangat kebersamaan dalam memperkukuh kekuatan BN bagi menghadapi persaingan di PRK ini. Mereka turut menyertai perarakan ke pusat penamaan calon sebagai tanda sokongan tidak berbelah bahagi kepada Dr Ustaz Yusri.
Dr Ustaz Yusri Bakir, yang dikenali sebagai figura berpengalaman dalam bidang dakwah dan pendidikan, diletakkan sebagai calon BN untuk mempertahankan kerusi DUN Ayer Kuning yang sebelum ini dimenangi oleh parti itu.
UMNO Putrajaya menyatakan komitmen untuk terus menyokong segala usaha memperkukuh perpaduan dan kestabilan politik demi rakyat, khususnya dalam memastikan kemenangan BN di Ayer Kuning.
PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kekosongan kerusi berkenaan dan dijangka menyaksikan saingan sengit antara parti-parti politik utama. – UMNOPutrajaya