Isu Semasa

TUN M MESTI PULANGKAN HARTA UMNO

Tun M hafal perlembagaan UMNO. Dia bekas Presiden UMNO paling lama. Dia tahu perlembagaan UMNO termasuk mengenai harta UMNO. Bila sudah tidak lagi pegang jawatan atau bukan ahli parti, harta UMNO kena pulangkan.

Tetapi kita terkejut dia masih pemegang amanah tanah UMNO berkeluasan 9,723 meter persegi yang ada Ibu Pejabat UMNO (PWTC). Walhal Tun M keluar parti pada tahun 2016.

Dia pemegang amanah. Itu pecah amanah namanya kalau tidak mahu tandatangan dokumen pulangkan harta. Sepatutnya 2008 lagi dia pulangkan harta tersebut kerana dia kali pertama keluar UMNO tahun 2008.

Apakah dia tidak rasa malu? Tuduh orang lain berbagai. Itu bukan harta persendirian.

Mohd Puad Zarkashi

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.