Apa komen Dr terhadap dakwaan Haji Hadi yang menyatakan UMNO mensucikan DAP?”
Malas sebenarnya saya nak komen terhadap fitnah yang tidak berasas seperti ini.
Yang pasti…
▪️UMNO tidak pernah keluarkan sebarang ‘FATWA’ mewajibkan ahli UMNO sokong DAP!
▪️UMNO tidak pernah membenarkan ahlinya solat depan pejabat DAP sebagai tanda sokongan!
▪️UMNO tidak pernah menobatkan mana-mana pemimpin DAP setinggi maqam Khalifah Umar Abdul Aziz!
▪️UMNO tidak pernah angkat bendera DAP!
▪️UMNO tidak pernah sedikitpun mengurang atau merubah dasar perjuangan hanya untuk memenuhi kehendak DAP! (Dulu ada parti yang sanggup ubah dasar Negara Islam kepada Negara Berkebajikan – siap tandatangan perjanjian)
▪️UMNO tidak pernah membenarkan ahlinya bergolek atas jalanraya membantah KDYMM Tuanku Sultan Perak untuk pertahankan Kerajaan DAP!
Malah….
▪️UMNO pertahankan Dasar Islam, kedudukan Melayu-Bumiputera dan Raja-Raja Melayu dengan mewajibkan semua pemimpin 18 parti termasuk DAP tandatangan perjanjian.
▪️UMNO bantah dan DAP akur apabila pemimpin DAP YB Ngeh Ko Ham cadang wakil bukan Islam dalam Jawatankuasa Mengkaji Undang-Undang Syariah.
▪️UMNO bantah dan DAP tarik balik cadangan YB Nga Kor Ming untuk menjadikan Kampung Baharu sebagai Tapak Warisan UNESCO yang bertentangan dengan Perkara 153 Kedudukan istimewa orang Melayu dan penduduk asal.
Tidak ada satu dasar mahupun polisi berkaitan Islam mahupun agenda Melayu-Bumiputera yang dik sepanjang 3 tahun Kerajaan Perpaduan Madani dibentuk.
Dr Asyraf Wajdi Dusuki
#UMNOpertahanIslamMelayuRaja
#TradisiMembelaRakyat
#UMNO
#HidupKuMilikUmmah