Berita

Tengku Adnan Tegaskan UMNO Penting Untuk Kekal Dominan Demi Kestabilan Negara

PUTRAJAYA, 10 Mei — Bendahari UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan bahawa UMNO mesti terus menjadi parti dominan dalam landskap politik negara bagi memastikan kestabilan serta kelangsungan agenda perjuangan bangsa.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Cawangan UMNO Bunga Matahari yang berlangsung pagi tadi.

Tengku Adnan menekankan keperluan untuk memperkukuh pengertian Islam sebenar dalam kalangan ahli bagi memastikan perjuangan UMNO sentiasa berpaksikan nilai dan prinsip yang betul.

“Sayap Pemuda dan Puteri perlu diberi pendedahan yang mendalam terhadap asas perjuangan serta sejarah penubuhan UMNO agar mereka memahami dan menghargai nilai perjuangan parti,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru ahli parti agar menunjukkan kesetiaan (wala’) yang utuh kepada pucuk pimpinan demi menjaga perpaduan dan kekuatan parti.
“Yang penting ialah kerusi Parlimen Putrajaya terus dikekalkan kepada UMNO dan pada Pilihan Raya Umum kelak kembali ke pangkuan Barisan Nasional (BN).”

Justeru beliau mengingatkan ahli-ahli UMNO agar terus bersatu agar kuat bagi memastikan parti ini sentiasa menjadi benteng hadapan demi mempertahankan agama bangsa dan negara.

Beliau juga berharap agar UMNO kembali teguh dan bersemarak demi agama, bangsa dan negara. – UMNO Online

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.