Persidangan Cawangan UMNO Bahagian Putrajaya Berlangsung Rancak, Tanda Komitmen Akar Umbi
PUTRAJAYA – Persidangan UMNO peringkat Cawangan di Bahagian Putrajaya berlangsung dengan penuh semangat dan komitmen tinggi daripada ahli-ahli akar umbi yang mahu melihat parti terus bersemarak dan relevan dalam landskap politik negara.
Persidangan cawangan yang bermula sejak 7 April lalu sehingga 25 Mei 2025, selaras dengan jadual yang ditetapkan oleh Ibu Pejabat UMNO. Sepanjang tempoh ini, cawangan-cawangan UMNO di Putrajaya giat melunaskan tanggungjawab masing-masing dalam membincangkan isu-isu semasa serta merangka strategi memperkukuh parti di peringkat akar umbi.
Seterusnya, tumpuan akan beralih kepada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian yang dijadualkan berlangsung antara 9 Jun hingga 27 Julai 2025. Mesyuarat ini penting dalam menentukan halatuju UMNO Bahagian Putrajaya menjelang Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung dari 20 Ogos hingga 23 Ogos 2025.
UMNO Bahagian Putrajaya dilihat terus aktif dan dinamik dalam memastikan kesinambungan perjuangan parti, sejajar dengan aspirasi ahli-ahli yang mahu melihat UMNO kekal sebagai tunjang kekuatan politik Melayu dan Islam di negara ini. – UMNOPutrajaya