Aktiviti & Komuniti

Timbalan Ketua UMNO Putrajaya Rasmi Mesyuarat PIBG SMK Presint 9(1), Tegaskan Peranan Bersama

PUTRAJAYA – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim, telah merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 9(1) baru-baru ini.

Beliau menekankan pentingnya kerjasama erat antara ibu bapa, PIBG dan pihak sekolah dalam menyokong pelaksanaan program serta aktiviti yang memberi manfaat kepada pembangunan akademik dan sahsiah murid-murid.

“Peranan ibu bapa dan PIBG amat penting dalam memastikan kejayaan program-program yang dirancang oleh pihak sekolah. Sokongan berterusan akan membolehkan murid-murid mencapai potensi terbaik mereka bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi juga dalam aspek pembentukan sahsiah diri,” katanya.

Datuk Ahmad Faisal turut menyatakan komitmen Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Zon Putrajaya 2023/2024 untuk terus menyokong usaha pembangunan pelajar di seluruh sekolah di Putrajaya.

Sebagai bukti komitmen tersebut, beliau memaklumkan bahawa seramai 150 pelajar Tingkatan 4 dari seluruh sekolah di Putrajaya telah dihantar menyertai Kem Akademi Kenegaraan Malaysia di Meru, Klang. Program tersebut dianjurkan oleh MPPWP dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya sebagai inisiatif memperkukuh jati diri dan semangat kenegaraan dalam kalangan pelajar. – UMNOPutrajaya

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.