Aktiviti & Komuniti

“Sumbangan Tak Banyak Alasan” Ringankan Beban Warga Presint 8E, Putrajaya

PUTRAJAYA – Prihatin terhadap kebajikan penduduk setempat, Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor meneruskan inisiatif “Sumbangan Tak Banyak Alasan” dengan menyampaikan bantuan kepada warga Presint 8E.

Program ini dilaksanakan bersempena dengan Persidangan UMNO Cawangan KDR Tahun 2025, yang turut menjadi platform untuk mendekati masyarakat dan berkongsi rezeki bersama warga Putrajaya. Beberapa penduduk yang menerima sumbangan kelihatan gembira dan berterima kasih atas bantuan yang dihulurkan, yang berupa barangan keperluan asas.

Sememangnya ‘Sumbangan tak banyak alasan’ untuk warga Presint 8E adalah realiti berkongsi rezeki bersama warga Putrajaya.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan Tengku Adnan dalam memastikan setiap lapisan masyarakat, terutamanya di kawasan Putrajaya, tidak terpinggir dan terus mendapat perhatian sewajarnya.

Inisiatif ini juga disambut baik oleh penduduk setempat yang melihatnya sebagai bukti keprihatinan pemimpin tempatan terhadap kesejahteraan rakyat. – UMNOPutrajaya

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.