Aktiviti & Komuniti

Pertemuan Strategik Wanita UMNO Putrajaya Fokus Persiapan Pilihan Raya

PUTRAJAYA – Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menghadiri sesi pertemuan strategik bersama barisan kepimpinan Wanita UMNO Bahagian Putrajaya.

Pertemuan yang berlangsung di Pejabat UMNO Bahagian itu melibatkan Ketua-Ketua Wanita Cawangan dan Ahli Jawatankuasa Wanita Bahagian, dengan fokus utama tertumpu kepada persiapan rapi jentera Wanita UMNO menghadapi pilihan raya akan datang.

Datuk Seri Tengku Adnan menzahirkan keyakinan terhadap kekuatan dan kesatuan Wanita UMNO yang terus kekal berada di barisan hadapan perjuangan parti. Beliau turut menekankan kepentingan strategi dan kerjasama erat dalam memastikan UMNO terus relevan dan kukuh dalam mendepani cabaran politik semasa.

“Alhamdulillah, Wanita UMNO kekal teguh di barisan hadapan perjuangan parti. Bersatu, kita kuat. Berstrategi, kita bangkit,” katanya.

Pertemuan itu turut menjadi medan perkongsian pandangan dan perancangan tindakan bagi memperkasa gerak kerja akar umbi dalam memastikan kesiapsiagaan jentera berada pada tahap terbaik. – UMNOPutrajaya

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.