{"remix_data":[],"remix_entry_point":"challenges","source_tags":["local"],"origin":"unknown","total_draw_time":0,"total_draw_actions":0,"layers_used":0,"brushes_used":0,"photos_added":0,"total_editor_actions":{},"tools_used":{},"is_sticker":false,"edited_since_last_sticker_save":false,"containsFTESticker":false}
Berita

Kenyataan Media Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang berlangsung pada 13 Ogos 2025 bersamaan 19 Safar 1447H telah mengadakan perbincangan dan menyatakan pendirian seperti berikut:

1. UMNO bersyukur ke hadrat Allah dan menyambut baik keputusan sebulat suara ketiga-tiga Hakim Mahkamah Persekutuan yang mengarahkan semakan kehakiman Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkaitan Titah Adendum agar disegerakan pendengarannya di Mahkamah Tinggi.

2. Keputusan ini memberikan kelegaan terhadap usaha-usaha untuk mendapatkan keadilan buat Dato’ Sri Najib dan akan terus beriltizam untuk menggunakan semua saluran yang ada untuk mendapatkan pembelaan buat Dato’ Sri Najib.

3. UMNO amat dukacita dan cukup terhiris dengan tragedi kematian Arwah Adik Zara Qairina Mahathir. Pengendalian kes ini yang dilihat amat lemah bahkan tidak mematuhi prosedur dan SOP biasa sebagaimana perakuan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) amat mengecewakan.

4. UMNO menyokong penuh keputusan Jabatan Peguam Negara untuk Inkues penuh dijalankan untuk menentukan punca dan sebab kematian termasuk sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya dalam kematian Zara Qairina.

5. Moga-moga proses inkues ini kelak akan dikendalikan secara bebas dan telus mengikut peruntukan undang-undang bagi mendapatkan keadilan tuntas buat Arwah Zara Qairina.

6. UMNO memandang serius kesalahan berulang dalam isu pemasangan dan pengibaran bendera Jalur Gemilang yang merupakan maruah dan lambang kedaulatan Negara. Tindakan tegas dan keras termasuk pendakwaan mesti dilakukan ke atas sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan ini tanpa mengira apa jua alasan sebagaimana peruntukan undang-undang yang sedia ada.

7. UMNO akan menyampaikan nota bantahan kepada semua kepimpinan parti-parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan Malaysia yang bercadang mahupun yang telah mengizinkan kemasukan ahli-ahli daripada UMNO ke dalam parti masing-masing. Protes ini merupakan amaran keras, jika tidak ditangani boleh mengeruhkan hubungan sesama parti-parti gabungan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.