Aktiviti & Komuniti

Khidmat Bakti UMNO Putrajaya: Sumbangan Katil Hospital Bantu Ringankan Urusan Keluarga Ab Samad

PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya terus mengukuhkan peranan sebagai wadah kebersamaan masyarakat apabila Ketua Bahagiannya, Datuk Seri Utama Dr Tengku Adnan Tengku Mansor, tampil menyumbangkan sebuah katil hospital kepada Saudara Ab Samad Ahmad di Presint 11.

Sumbangan ini diberikan bagi memudahkan urusan keluarga dalam menjaga kesihatan Ab Samad di rumah, selain untuk memberi keselesaan kepada pesakit sekali gus meringankan tanggungjawab ahli keluarga yang menjaga beliau setiap hari.

Sememangnya khidmat bakti dan ingatan Datuk Seri Dr Tengku Adnan kepada masyarat setempat tidak pernah padam malah sedaya upaya beliau akan menghulur bantuan bagi menzahirkan komitmen dalam satu keluarga besar di sini.

UMNO Putrajaya konsisten mendekati rakyat melalui pelbagai bentuk bantuan sama ada berbentuk material, sokongan mahupun dorongan semangat. Pendekatan inilah yang menjadikan masyarakat di Putrajaya sentiasa merasa dekat dengan kepimpinan UMNO, sekali gus memperkukuh semangat “Bersatu, Bersetia, Berkhidmat.”

Khidmat bakti sebegini akan terus digerakkan agar Putrajaya kekal sebagai komuniti yang saling membantu, bersolidariti dan teguh bersama dalam apa jua keadaan.

Bersama kita menghulurkan sokongan moral dan doa supaya keluarga Ab Samad sentiasa dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT. – UMNOPutrajaya

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.