Ketua UMNO Putrajaya Prihatin, Sumbang 100 Pek Makanan Tengahari di Surau Al-Mizan
PUTRAJAYA – Hasil daripada keprihatinan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, sebanyak 100 pek makanan tengahari berupa nasi ayam penyet bersama air mineral telah disumbangkan di Surau Al-Mizan, Presint 8, Putrajaya.
Program kebajikan yang dilaksanakan di bawah inisiatif Tak Banyak Alasan @ P8 ini bertujuan menyantuni masyarakat setempat serta mengeratkan silaturrahim dalam kalangan komuniti.
Sumbangan tersebut disambut baik oleh penduduk yang hadir, sekali gus mencerminkan nilai kepedulian sosial dan semangat gotong-royong yang terus diperkukuhkan di Putrajaya.
Datuk Seri Tengku Adnan menegaskan bahawa usaha membantu masyarakat setempat akan sentiasa menjadi keutamaan, terutama dalam memastikan kebajikan penduduk terus terbela. – UMNOPutrajaya