Berita

Agenda Kebajikan Diteruskan, Agihan 100 Pek Makanan di Presint 17

PUTRAJAYA – Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya, Dr Tengku Iqbal Munawwir Tengku Adnan terus memperkukuh agenda kebajikan masyarakat setempat dengan menyantuni komuniti melalui program sumbangan makanan di Surau Pudina, Presint 17, Putrajaya di sini.

Dalam inisiatif tersebut, beliau telah menyumbangkan sebanyak 100 pek makanan tengah hari berserta air minuman kepada para jemaah, penduduk sekitar serta anak-anak muda yang hadir di surau berkenaan.

Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Pemuda UMNO Putrajaya dalam menggalas tanggungjawab sosial dan mendekati masyarakat melalui pendekatan mesra rakyat.

Menurut Dr Tengku Iqbal, pemberian pek makanan ini bukan sahaja bertujuan untuk meringankan beban komuniti setempat, malah sebagai medium mempereratkan ukhuwah dan semangat kebersamaan. Beliau turut menekankan bahawa kegiatan seperti ini akan diteruskan secara konsisten agar manfaatnya dapat dirasai oleh lebih ramai penduduk.

Program ini dijalankan di bawah tema “#TakBanyakAlasan @ P17” yang menjadi simbol komitmen Pemuda UMNO Putrajaya untuk terus bergerak ke hadapan dengan tindakan nyata, bukan sekadar kata-kata.

Sememangnya agenda kebajikan adalah keutamaan di peringkat Pemuda UMNO Putrajaya dan melalui pendekatan turun padang, kepimpinan parti dapat mendengar secara dekat denyut nadi rakyat serta memastikan tiada kelompok yang terpinggir daripada perhatian.

Turut hadir bersama ialah pimpinan surau, ahli kariah serta wakil masyarakat setempat yang menyambut baik usaha berkenaan. – UMNOPutrajaya

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.