Aktiviti & Komuniti

Pemuda UMNO Putrajaya Santuni Keluarga Besar Parti Melalui Ziarah Prihatin

PUTRAJAYA – Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya, Dr. Tengku Iqbal Munawwir Tengku Adnan, berkesempatan meluangkan masa bersama rombongan kepimpinan Pemuda bahagian menziarahi dua insan yang cukup dekat dengan keluarga besar UMNO Putrajaya.

Rombongan tersebut menziarahi Ayahanda kepada Ahli Jawatankuasa Bahagian, Nashruddin iaitu Saudara Yahya Jalil atau lebih mesra disapa Pak Ya. Beliau merupakan seorang yang banyak memberikan sokongan moral dan doa kepada perjuangan UMNO Putrajaya sejak sekian lama.

Selain itu, Dr. Tengku Iqbal dan rombongan turut menziarahi suami kepada Ketua Cawangan Lavender, Kak Nani. Ziarah ini dizahirkan sebagai tanda prihatin dan solidariti terhadap ahli keluarga besar UMNO Putrajaya, khususnya ketika berdepan ujian kesihatan.

Beliau menegaskan, Pemuda UMNO Putrajaya akan sentiasa mengambil berat kebajikan ahli dan keluarga mereka tanpa mengira latar belakang, kerana kekuatan sebenar perjuangan parti bukan hanya di medan politik, tetapi juga melalui nilai kemanusiaan dan kasih sayang sesama insan.

Sememangnya budaya ziarah menziarahi adalah sebahagian daripada amalan murni yang akan terus diperkukuhkan oleh UMNO Putrajaya malah ia bukan sahaja mengukuhkan ukhuwah sesama ahli, bahkan mengajar untuk sentiasa peduli dan menyantuni orang sekeliling.

Ziarah tersebut berlangsung dalam suasana penuh mesra dan kekeluargaan, mencerminkan semangat kebersamaan yang menjadi tonggak utama UMNO Putrajaya dalam mendekatkan diri dengan masyarakat. – UMNOPutrajaya

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.