Isu Semasa

PERWAKILAN SURUH “TURUN” DALAM PERHIMPUNAN AGUNG BERSATU MAHU DIPECAT?

Tun Faisal mendakwa Bersatu wujud kerana menentang kleptokrasi, salah guna kuasa, dan rasuah. Dia cuba “cover” imej Muhyiddin yang tercalar kerana desakan “Turun Tan Sri”.

Kalau benar Muhyiddin anti rasuah maka selesaikan dulu kes mahkamah dana Wibawa. Pujuklah menantunya keluar dari tempat persembunyian. Dia tidak dipecat daripada UMNO kerana menentang rasuah dan kleptokrasi.

Muhyiddin dipecat kerana dia naik pentas pembangkang bersama DAP memburukkan parti. Sedangkan dia tidak sekali pun pernah bersuara isu 1MDB dalam Mesyuarat MKT. Saya saksi hidup.

Kalau kerana isu 1MDB, sudah lama dia dipecat. Masalahnya mana boleh hina parti atas pentas lawan. Tetapi Muhyiddin disuruh “turun” di pentas sendiri ketika PAT Bersatu. Itu badan tertinggi Bersatu. Kenapa mereka mahu dipecat. Mana demokrasinya?

DR PUAD ZARKASHI

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.