Pemuda UMNO Putrajaya Hulur 150 Pek Makanan, Erat Silaturrahim
PUTRAJAYA – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Putrajaya, Dr Tengku Iqbal Munawwir, hari ini menyampaikan sumbangan sebanyak 150 pek makanan tengahari dan minuman kepada jemaah dan penduduk setempat di Surau Ar-Rayyan, PPAM Larai.
Program ini dianjurkan sebagai salah satu usaha mendekatkan kepimpinan UMNO bersama masyarakat setempat, khususnya golongan belia, ibu bapa serta masyarakat setempat yang menetap di kawasan perumahan berkenaan.
Sememangnya sudah menjadi kebiasaan bagi UMNO Putrajaya menyampaikan sumbangan seperti ini yang diharap dapat mengeratkan silaturrahim serta memupuk budaya prihatin dan kebersamaan dalam komuniti.
Menerusi Pemuda UMNO Putrajaya, ia dilaksana bukan sekadar bercakap soal politik, tetapi turun padang menghulur bantuan dan bersama masyarakat malah biarpun nilai sumbangan ini tidak besar, namun yang lebih penting ialah semangat kebersamaan dan rasa peduli terhadap jiran tetangga.
Majlis penyerahan sumbangan turut dihadiri oleh pimpinan surau dan wakil-wakil komuniti PPAM Larai dalam suasana penuh mesra dan kekeluargaan. – UMNOPutrajaya