Pas Celupar…
1. Idris kata UMNO sebagai sebuah parti penumpang dan bukan lagi penyumbang kerusi.
2. Veteran tidak hairan dengan kenyataan itu sebab memang itulah cara PAS untuk memperlekehkan UMNO.
3. Ternyata PAS menyesal kerana menolak nasihat Agong supaya menubuhkan kerajaan perpaduan bersama PH. Kekesalan itu membuatkan PAS berdendam dengan UMNO sehingga sekarang. Sebenarnya PAS/PN lebih layak bersama PH untuk menubuh kerajaan. Tetapi oleh kerana keangkuhan dan kesombongan mereka maka UMNO/BN yang hanya mempunyai 30 kerusi menjadi sebahagian dari kerajaan sekarang. Kekesalan itu berpanjangan dan beberapa cubaan untuk tebuk atap, tebuk dinding dan tebuk latai gagal.
4. Yang menghairankan, dalam keadaan PAS menganggap UMNO lemah dan menumpang itu, mereka tidak malu-malu berjumpa dengan UMNO untuk berbincang cadangan PAS menyertai kerajaan dan sanggup membelakangkan Bersatu. Rupa-rupanya PAS nak tumpang semangkok. Mereka kepinginkan jawatan menteri dalam kerajaan.
5. Veteran ingin menasihati Idris supaya jangan terlalu angkuh dan celupar. Jagalah negeri-negeri yang dimenangi dalam pilihanraya yang lalu supaya tidak terlepas kepada UMNO/BN. Rakyat yang cerdik bukan saja menilai UMNO/BN, tetapi mereka juga menilai prestasi buruk PAS selama ini. Adalah lebih baik PAS menumpukan kutipan derma dengan meggunakan tong drum daripada menyindir UMNO. Kutiplah sebanyak mungkin derma untuk menang 60 kerusi dalam PRU16 nanti kerana Bersatu tidak akan membantu kamu lagi.
Datuk Hj Mustapha Yaakub
Setiausaha Veteran UMNO