Aktiviti & Komuniti

UMNO Putrajaya Prihatin: Ziarah Anak Ahli Cawangan Lepas Pembedahan

PUTRAJAYA – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim bersama isteri serta beberapa Ahli Jawatankuasa Cawangan Bunga Meranti semalam berkesempatan menziarahi anak kepada ahli UMNO, Puan Nurul Azlin, iaitu saudara Adli Hamizi yang baru sahaja menjalani pembedahan akibat masalah angin pasang.

Kunjungan tersebut bukan sahaja sebagai tanda keprihatinan kepimpinan UMNO Bahagian terhadap ahli dan keluarga mereka, malah turut memberi semangat serta sokongan moral kepada keluarga terbabit.

Datuk Ahmad Faisal berkata, nilai persaudaraan dan kebersamaan inilah yang sentiasa menjadi kekuatan UMNO di Putrajaya, di mana setiap ahli dan keluarga mereka diraikan serta diberi perhatian sewajarnya.

“Alhamdulillah, kami dapat sama-sama menziarahi saudara Adli Hamizi dan keluarga beliau. Semoga Allah SWT memberikan kesembuhan segera serta kekuatan kepada beliau dan ahli keluarga untuk melalui ujian ini,” katanya.

Turut hadir beberapa Ahli Jawatankuasa Cawangan Bunga Meranti yang bersama-sama mendoakan kesejahteraan Adli Hamizi dan keluarganya. – UMNOPutrajaya

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.