Aktiviti & Komuniti

Kenduri Rakyat@Karnival Putrajaya 2025 Meriah, 6,000 Hadir Nikmati Jamuan

PUTRAJAYA – Suasana penuh meriah mewarnai program Kenduri Rakyat@Karnival Putrajaya 2025 anjuran Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Hampir 300 orang komuniti Putrajaya berganding bahu dalam gotong-royong menyediakan juadah tengah hari termasuk gulai kawah, sup tulang, nasi daging dan daging berlengaih. Hasilnya, lebih 6,000 pengunjung berpeluang menikmati hidangan kenduri beramai-ramai dalam suasana kekeluargaan dan penuh mesra.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Datin Seri Anggraini Sentiyaki, isteri kepada Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang meluangkan masa bersama masyarakat setempat.

Program ini bukan sahaja menjadi medan menjamu selera, malah berjaya mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat kebersamaan warga Putrajaya. – UMNOPutrajaya

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.