Pemuda UMNO Putrajaya Hulur 200 Pek Makanan
PUTRAJAYA – Ketua Pemuda UMNO Putrajaya, Dr Tengku Iqbal Munawwir, meneruskan inisiatif kebajikan dengan menyampaikan sumbangan sebanyak 200 pek makanan tengah hari dan minuman kepada jemaah di Surau FaturRahman, PPAM Melinjau, Presint 11 hari ini.
Program yang diadakan selepas solat Jumaat itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk setempat serta memupuk semangat berkongsi rezeki.
Menurut Dr Tengku Iqbal, usaha sebegini akan diteruskan dari semasa ke semasa sebagai tanda keprihatinan Pemuda UMNO terhadap masyarakat Putrajaya, khususnya dalam membantu meringankan beban harian penduduk.
Turut hadir dalam program tersebut ialah pimpinan surau dan penduduk setempat yang menyambut baik inisiatif tersebut. – UMNOPutrajaya