Aktiviti & Komuniti

Tak Banyak Alasan… Pemuda UMNO Putrajaya Sumbang 500 Pek Makanan Di IPD Putrajaya

PUTRAJAYA – Prihatin terhadap kebajikan anggota keselamatan yang bertugas, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Putrajaya, Dr. Tengku Iqbal Munawwir Tengku Abdul Jalil, hari ini menyampaikan sumbangan sebanyak 500 pek makanan tengah hari dan minuman kepada para petugas di Surau Amaniah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

Program berkenaan diadakan sebagai tanda penghargaan kepada pasukan polis yang sentiasa komited memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di kawasan pentadbiran kerajaan persekutuan itu.

Sememangnya inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan Pemuda UMNO Putrajaya untuk turun padang dan mendekati masyarakat serta barisan hadapan tanpa banyak alasan.

Apa yang pasti Pemuda UMNO Putrajaya mahu budaya ‘tak banyak alasan’ diterjemahkan melalui tindakan dan sumbangan kecil seperti ini adalah simbol penghargaan kepada anggota polis yang tidak mengenal penat lelah berkhidmat untuk rakyat.

Turut hadir dalam program itu ialah beberapa barisan kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya yang turut membantu mengagihkan makanan kepada penerima.

Program ini bukan sahaja mempererat hubungan antara Pemuda UMNO dengan pihak berkuasa tempatan, tetapi juga memperkukuhkan semangat kesukarelawanan dan kepedulian sosial dalam kalangan generasi muda parti. – UMNOPutrajaya

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.