Rencana

Pilihan Raya, Fitnah & Penilaian

MUSIM pilihan raya maka manipulasi, persepsi dan fitnah mula berleluasa. Tentunya yang jadi bahan tohmahan adalah kepimpinan tertinggi dalam parti politik. Tapi apa yang penting adalah realiti dan berpijak di bumi nyata kerana kebenaran akan mengatasi kepalsuan.

PRN Sabah… lihat pada sejarah, imbas semula pelbagai rentetan semasa dengan bukti nyata. Kebanyakan parti-parti politik yang bertanding pernah mentadbir Sabah termasuklah BN sendiri. Maka nilailah keadaan yang dialami dalam setiap pentadbiran dan kepimpinan kerajaan negeri dalam waktu parti-parti terbabit berkuasa.

Yang utama, siapa kepimpinan tertingginya dan dimanakan akar umbi mereka? Misalnya, lihat kepada dua parti politik utama di Sabah, GRS dan Warisan yang diketuai oleh Hajiji dan Shafie … kedua-duanya lahir daripada kepimpinan yang berpaksikan UMNO/BN. Mereka ini diangkat oleh perjuangan akar umbi hingga menjadi menteri, ada tanggungjawab penuh dari Pusat untuk kemajuan Sabah namun akhirnya yang ‘kaya raya’ adalah mereka sedangkan anak bumi Sabah kekal dalam keadaan sedia ada.

Lebih teruk apabila perjuangan dalam UMNO/BN ditinggalkan … ‘melompat’ dan kini menentang BN iaitu parti yang telah menaikkan mereka dalam politik tanah air… ibaratnya kini mengkhianati nilai ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ yang pernah diangkat. Sudahlah ibarat kacang lupakan kulit malah menggigit pula tangan yang menyuap.

Lebih dari itu, kepimpinan BN dituduh dengan pelbagai perkara dan diburukkan lantaran mahukan undi diraih dari sokongan rakyat. Tuduhan ‘dinasour politik’ dituding sedangkan hakikatnya mereka menyembunyikan apa yang mereka ada dengan menyalahkan UMNO/BN. Tingkah mereka ibarat menegakkan benang yang basah, memburukkan UMNO/BN dan kepimpinan walhal merekalah yang melakukan pelbagai pengkhianatan, bukan hanya kepada parti tetapi juga kepada rakyat. Mereka meraih kejayaan, mengaut kemewahan dan mencapai kegemilangan dengan menjadikan UMNO/BN batu loncatan untuk keuntungan peribadi dan kini rakyat di gula-gulakan dengan pelbagai manipulasi dan persepsi memburukkan BN.

Sungguh, Negeri Sabah kaya dengan hasil bumi namun malangnya 3 serangkai – elektrik, air, jalan raya – masih berterusan gagal diselesaikan. BN mentadbir banyak kawasan yang mula mendapat manfaat termasuklah kawasan luar bandar hinggakan Projek Lebih Raya Pan Borneo dilaksanakan. Namun begitu, apabila kerajaan bertukar tangan semuanya terbengkalai dan kelestarian yang didamba rakyat terus hilang malah semakin mundur.

Jangan salahkan BN atas kelewatan atau permasalahan 3 serangkai yang makin parah, sebaliknya nilai kembali apa yang berlaku lantas pilihlah yang terbaik. BN kini bertanding di PRN Sabah dengan misi ‘Bikin Balik Sabah’ iaitu usaha untuk menyambung semula legasi pembangunan yang telah direncana, kerana parti lain sememangnya gagal … maka kenapa perlu memilih mereka…

Pilihlah BN, demi rakyat, demi Sabah

TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR
Bendahari UMNO

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.