Ziarah Kasih UMNO Putrajaya Kunjungi Dua Aktivis Pemuda, Doakan Kesembuhan
PUTRAJAYA, — Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim, meluangkan masa menziarahi dua aktivis parti, iaitu Sdr Hamidi KC Bunga Kesuma dan Sdr Saiful Nonan dari Pemuda Bunga Bourgenvilla yang kini dilaporkan kurang sihat.
Kunjungan itu dilakukan sebagai tanda keprihatinan pimpinan UMNO Bahagian terhadap kebajikan ahli dan jentera parti, sekali gus menyampaikan sokongan moral kepada kedua-dua individu berkenaan.
Datuk Ahmad Faisal turut menyampaikan doa agar mereka berdua diberikan kesembuhan segera dan kekuatan untuk kembali pulih seperti sediakala.
Beliau berkata, hubungan kekeluargaan dalam UMNO merupakan tunjang kekuatan parti, dan setiap ahli yang ditimpa ujian kesihatan wajar diberikan perhatian serta sokongan sewajarnya.
“Semoga Sdr Hamidi dan Sdr Saiful cepat sembuh dari sakitnya. Kami di UMNO Putrajaya sentiasa bersama mereka, dan mendoakan agar dipermudahkan segala urusan,” katanya.
Kunjungan ziarah sebegini turut menjadi komitmen berterusan UMNO Bahagian Putrajaya dalam memastikan kesejahteraan ahli dipelihara, selain memperkukuh semangat setiakawan dalam kalangan jentera parti. – UMNOPutrajaya



You must be logged in to post a comment.