Jafry Ariffin Ketua UMNO Sabah Baharu
1. Selaras dengan Fasal 12.5 Perlembagaan UMNO, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi selaku Presiden telah bersetuju untuk melantik barisan kepimpinan baharu Badan Perhubungan UMNO Sabah seperti berikut:
– Pengerusi: YB Datuk Jafry bin Ariffin
– Timbalan Pengerusi: Datuk Haji Mohd Hasnol bin Haji Ayub
– Setiausaha: Tuan Haji Samasuddin bin Yusop
2. Pelantikan ini bertujuan memastikan kesinambungan pentadbiran, memperkukuh penyelarasan parti serta mengkoordinasikan gerak kerja UMNO di Sabah secara lebih tersusun dan berkesan.
3. UMNO menyeru seluruh kepimpinan dan ahli parti untuk memberikan sokongan penuh kepada barisan kepimpinan baharu ini demi memastikan UMNO dapat terus memberikan khidmat terbaik kepada rakyat dan mendukung kerajaan Negeri Sabah.
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
10 Disember 2025

