Kabinet Madani: Fakta Dan Sentimen
1. Dari segi komposisi kaum
MENTERI:
Melayu 17 orang
Cina 5 orang
India 2 orang
Bumiputera Sarawak 5 orang
Bumiputera Sabah 3 orang
TIMBALAN MENTERI:
Melayu 10 orang
Cina 5 orang
India 2 orang
Bumiputera Sarawak 7 orang
Bumiputera Sabah 6 orang
2. Komposisi parti-parti gabungan kerjasama
MENTERI
PKR 9 orang
DAP 5 orang
AMANAH 2 orang
BN 8 orang
GPS 5 orang
GRS 1 orang
3. SENTIMEN RAKYAT DI KALANGAN NETIZEN MENGENAI ROMBAKAN KABINET
– Kenapa Menteri Wilayah Persekutuan dilantik seorang berbangsa Cina DAP dan Timbalan Menteri juga daripada seorang berbangsa Cina GRS? Apakah nasib Bumiputera bandar? Apakah ini permulaan untuk Pilihanraya Kerajaan Tempatan diadakan?
– Kenapa dilantik seorang Timbalan Menteri Agama daripada personaliti yang penuh kontroversi dalam isu Zara, tentang posting-posting beliau terkait hutang scam emas RM14juta, dan juga mengenai isu amalan doa dan ibadah?
– Apakah perlantikan sosok aktivis PKR sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang paling lantang menuntut PTPTN dimansuhkan pada zaman Kerajaan BN memerintah dahulu mampu merealisasikan agenda tersebut?
Ini hanyalah sebahagian daripada sentimen yang kuat berlegar di ruangan media sosial sejak pengumuman semalam. Sentimen sebegini tidak boleh dipandang enteng dan perlu ditangani secara bijaksana.
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Setiausaha Agung UMNO


