Ziarah Kasih MPP Zon Putrajaya di Hospital Putrajaya
PUTRAJAYA – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim, telah meneruskan program Ziarah Kasih MPP Zon Putrajaya dengan menziarahi beberapa individu di Hospital Putrajaya semalam.
Antara yang diziarahi ialah Tuan Haji Salleh, Ahli Jawatankuasa PAWE; Tengku Bidin (P. Ku), mantan Pengerusi JMB Putra Harmoni; serta anggota bomba PBK II Rohzamzuri dari Balai Bomba Presint 7.
Bagaimanapun, anggota bomba PBK II Rohzamzuri telah menghembuskan nafas terakhir pada awal pagi hari ini. Datuk Ahmad Faisal merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan agar roh Allahyarham diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Beliau turut mendoakan agar Tuan Haji Salleh dan Tengku Bidin diberikan kesembuhan dan dipermudahkan urusan rawatan.
Program Ziarah Kasih ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan UMNO Bahagian Putrajaya dalam menyantuni masyarakat serta menunjukkan keprihatinan terhadap kebajikan penduduk setempat. – UMNOPutrajaya


