Rumah Melayu, Rumah Islam, Rumah UMNO
Rumah ini,
Tiangnya setia,
Atapnya maruah,
Dindingnya lelah,
Serambinya ikrar,
halamannya tanggungjawab.
Ini Rumah UMNO,
rumah darah dan sumpah,
rumah keramat para ayah,
rumah bakti para ibu,
rumah juang para anak-anak cucu,
yang membela bangsa
ketika bangsa tiada arah.
Di sini pernah berdiri anak kampung berjiwa tabah,
mengangkat martabat Melayu tanpa menagih upah.
Dulu,
kita berjalan satu saf,
satu langkah, satu lafaz,
berpegang pada setia
dan harga diri yang tegas.
Hari ini
kita melangkah dengan dada yang resah dan gelisah
Kita kasih akan rumah ini
melihat dindingnya retak
oleh tangan sendiri.
Bukan kerana musuh di luar yang datang membawa benci,
tetapi kerana kita terlalu lama berpecah dalam sunyi.
Biarlah kita pulang
dengan akal yang waras,
dengan jiwa yang ikhlas,
dengan prinsip yang keras
dengan budi yang tak terbalas.
Kerana perjuangan Melayu
bukan untuk dijual beli,
bukan untuk ditukar dengan pangkat yang datang,
bukan untuk ditawar dengan janji yang hilang
Dan kalau perlu ada harga yang dibayar,
biarlah ia dibayar dengan air mata yang benar,
Kalau perlu ada korban jiwa,
Semuanya untuk maruah bangsa.
Ini tanggungjawab kita
Yang wajib dipulangkan kepada pencintanya.
Ini rumah kita.
Rumah Melayu
Rumah Islam
Rumah UMNO.
Sampai mati demi rumah ini.
Nukilan:
Dr Muhammad Akmal Saleh

