Aktiviti & Komuniti

Mesyuarat Wanita UMNO Putrajaya Perkukuh Gerak Kerja Pasca-PAU 2025

PUTRAJAYA – Wanita UMNO Bahagian Putrajaya telah mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Wanita UMNO Putrajaya, Puan Husna Abdul Rahaman, bagi membincangkan pelbagai isu semasa serta hala tuju pergerakan sayap wanita parti itu.

Mesyuarat tersebut antara lain memberi tumpuan kepada perkembangan politik semasa, khususnya pasca Perhimpunan Agung UMNO 2025, selain membincangkan gerak kerja dan perancangan strategik Wanita UMNO Bahagian Putrajaya dalam memperkukuh peranan serta mendekati masyarakat setempat.

Perbincangan turut menekankan kepentingan penyelarasan program dan penglibatan aktif ahli-ahli Wanita UMNO di peringkat bahagian dan cawangan bagi memastikan agenda perjuangan parti terus diperkasakan.

Selesai mesyuarat, satu majlis ringkas telah diadakan bagi meraikan Hari Ulang Tahun Kelahiran Ahli Jawatankuasa (AJK) Wanita serta Ketua Wanita Cawangan yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Januari.

Majlis tersebut berlangsung dalam suasana mesra dan penuh muafakat, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan kepimpinan dan ahli Wanita UMNO Putrajaya. – UMNOPutrajaya

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.