Salam Takziah Atas Pemergian Allahyarham En. Sulaiman Mohd Rizlan
PUTRAJAYA – Bendahari UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, merakamkan ucapan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham En. Sulaiman bin Mohd Rizlan, Guru Besar SK Putrajaya P17(1), yang telah kembali ke rahmatullah pada 29 Januari 2026.
Datuk Seri Tengku Adnan menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarga, malah kepada warga pendidik serta masyarakat setempat, khususnya di Putrajaya, atas jasa dan sumbangan bakti Allahyarham dalam dunia pendidikan.
UMNO Bahagian Putrajaya telah diwakili oleh Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, bagi menghadiri majlis solat jenazah dan pengebumian Allahyarham sebagai tanda penghormatan dan solidariti kepada keluarga yang ditinggalkan.
Beliau turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
“Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarham diberikan ketabahan hati, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan ini,” katanya. – UMNOPutrajaya




