Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya Ziarah Pesakit di Hospital Putrajaya
PUTRAJAYA – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim telah mengadakan program Ziarah Kasih di Hospital Putrajaya bagi menziarahi beberapa pesakit yang sedang menerima rawatan.
Dalam lawatan tersebut, beliau sempat menziarahi Puan Roszelina atau lebih dikenali sebagai Kak Eina, Ahli Jawatankuasa Cawangan Bunga Meranti, Saudara Mazlan @ Pok Ley, penduduk Blok D Putra Harmoni serta Saudara Mohd Azri, kakitangan Ibu Pejabat KEMAS.
Menurut Datuk Ahmad Faisal, program seperti ini bertujuan menyantuni ahli masyarakat serta memberi sokongan moral kepada mereka yang diuji dengan masalah kesihatan.
Beliau turut mendoakan agar semua pesakit yang diziarahi diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan. – UMNOPutrajaya



