Datin Seri Anggraini Rasmi Pertandingan Badminton Komuniti Wanita 5R4 Presint 5
PUTRAJAYA – Isteri kepada Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datin Seri Anggraini Sentiyaki telah hadir bagi merasmikan Pertandingan Badminton Komuniti Wanita 5R4 yang berlangsung di Presint 5, baru-baru ini.
Program yang dianjurkan khusus untuk komuniti wanita itu bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat selain mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk setempat.
Kehadiran Datin Seri Anggraini menyerikan lagi acara tersebut, sekali gus memberi suntikan semangat kepada para peserta yang mengambil bahagian.
Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada pihak penganjur serta semua yang terlibat kerana berjaya menjayakan program yang bermanfaat dan berunsur kesihatan itu.
Pertandingan ini mendapat sambutan menggalakkan daripada komuniti setempat dan diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform memperkasa penglibatan wanita dalam aktiviti sukan. – UMNOPutrajaya


