Edaran Serunding Ku Nan Menjelang Ramadan Di Zon 4A Putrajaya
PUTRAJAYA – Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Mohd Hisamudin Yahaya turun padang bersama Ketua UMNO Cawangan Bunga Kosandra, Abang Nordin bagi mengedarkan serunding Ku Nan ke rumah-rumah pengundi di Zon 4A, Putrajaya, sebagai persediaan menyambut kedatangan bulan Ramadan.
Menurut beliau, program tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif UMNO Bahagian Putrajaya untuk mendekati masyarakat setempat di samping menyampaikan sumbangan kepada para pengundi.
Sementara itu, di Peti Undi Saujana Hijau turut mengagihkan sebanyak 600 kotak serunding yang merupakan sumbangan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Utama Dr. Tengku Adnan Tengku Mansor.
Ujarnya, pengagihan peringkat pertama ini berlangsung selama dua hari bermula Sabtu hingga Ahad, 8 Februari 2026.
Datuk Mohd Hisamudin berkata, sumbangan tersebut adalah tradisi tahunan yang diteruskan oleh Datuk Seri Utama Dr. Tengku Adnan sebagai tanda ingatan dan penghargaan kepada warga Putrajaya menjelang bulan Ramadan yang mulia.
“Program seperti ini bukan sahaja bertujuan menyampaikan sumbangan, malah mengeratkan hubungan silaturahim antara pimpinan UMNO dan masyarakat setempat,” katanya.
Beliau berharap usaha berkenaan dapat memberi sedikit kegembiraan kepada para penerima serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan penduduk Putrajaya. – UMNOPutrajaya



