Gotong-Royong Perdana Meriahkan Sambutan Ramadan di Surau al-Aziz Presint 11
PUTRAJAYA – Naib Presiden UMNO Putrajaya, Datuk Mohd Hisamudin Yahaya menyertai Program Gotong-Royong Perdana anjuran Surau al-Aziz, Pangsapuri Prima Presint 11 sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia.
Program tersebut memberi tumpuan kepada kerja-kerja pembersihan surau dan kawasan persekitarannya agar rumah ibadah sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selesa untuk para jemaah.
Menurut Datuk Mohd Hisamudin Yahaya, program seumpama ini bukan sahaja membantu mengimarahkan surau, malah mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan penduduk setempat.
“Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia, membersihkan surau dan persekitarannya menjadi keutamaan kepada para kariah agar rumah ibadah ini sentiasa dalam keadaan bersih. Program sebegini juga boleh dijadikan sebagai salah satu usaha untuk mengimarahkan surau selain mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan penduduk sekitar,” katanya.
Program turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi surau, Tuan Haji Daud; Ketua UMNO Cawangan Blueberry, En. Yazrul serta ketua-ketua UMNO cawangan lain iaitu En. Azlan (Apel), Abg Aziz (Lily), Puan Zawiyah (Padi) dan Puan Ayie (Siantan).
Beliau turut menzahirkan rasa syukur apabila ruang solat, karpet, kipas, tandas serta kawasan sekitar surau berjaya dibersihkan, sekali gus memberi keselesaan kepada jemaah untuk menunaikan solat tarawih pada Ramadan yang bakal disambut minggu depan.
“Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Puas rasa bila tengok ruang solat, karpet, kipas, tandas dan persekitaran surau dalam keadaan bersih,” katanya. – UMNOPutrajaya




