Berita

Tengku Adnan Teruskan Tradisi Ihya’ Ramadan Bersama Warga Putrajaya

KUALA LUMPUR, 15 Feb – Bendahari UMNO Malaysia merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersyukur kerana masih berpeluang meneruskan program Ihya’ Ramadan sebagaimana rutin tahunan bersama warga kawasan.

“Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi bulan untuk kita memperkukuh ukhuwah, menyemai kasih sayang dan mempererat silaturahim dalam kalangan masyarakat.

“Inilah kekuatan keluarga besar UMNO Putrajaya, sentiasa bersama dan berkongsi rezeki saling menyantuni dalam masyarakat,” katanya dalam satu perkongsian di Facebook.

Justeru, Tengku Adnan mendoakan agar Ramadan yang akan tiba ini membawa seribu keberkatan buat seluruh warga Putrajaya.

“Marilah kita menyambutnya dengan hati yang bersih, semangat kebersamaan dan tekad untuk terus berkhidmat kepada agama, bangsa dan tanah air.

“Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak,” ujarnya. – UMNO ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.