Aktiviti & Komuniti

Ketua UMNO Cawangan Ziarahi Pak Mat dan AJK UMNO Putrajaya di Hospital Putrajaya

PUTRAJAYA – Dua Ketua UMNO Cawangan, Puan Ayie dari Cawangan Bunga Siantan bersama Puan Zawiyah (Bunga Padi), telah meluangkan masa menziarahi Encik Haseni atau lebih dikenali sebagai Pak Mat yang kini menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

Pak Mat merupakan pengundi di kawasan Saujana Hijau dan kini sedang diuji dengan masalah kesihatan yang semakin merosot sejak kebelakangan ini. Lawatan tersebut dilaksanakan atas mandat Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tengku Adnan Tengku Mansor, bagi menyampaikan sumbangan serta menyampaikan doa agar beliau diberikan kesembuhan.

UMNO Bahagian Putrajaya turut merakamkan penghargaan atas jasa dan komitmen Pak Mat yang dikenali sebagai individu aktif dalam Cawangan UMNO Siantan serta PDM Saujana Hijau, Presint 11.

Dalam kesempatan sama, rombongan turut menziarahi Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Putrajaya, Saudara Aziz, yang juga sedang menerima rawatan di hospital berkenaan.

Seluruh barisan kepimpinan serta ahli-ahli UMNO Bahagian Putrajaya terus mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan Pak Mat serta Saudara Aziz, agar kedua-duanya diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik. – UMNOPutrajaya

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.