Aktiviti & Komuniti

Program Santai Anak Muda Putrajaya Eratkan Hubungan Pemimpin dan Belia Setempat

PUTRAJAYA – Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya, Dr Tengku Iqbal Munawwir bersama Ketua Puteri UMNO Bahagian Putrajaya, Puan Salwa telah menghadiri Program Santai Anak Muda Putrajaya yang berlangsung dalam suasana mesra dan penuh keakraban.

Program ini dianjurkan sebagai platform mendekati golongan belia sambil bertanya khabar serta memberikan nasihat kepada anak-anak muda sebagai anak jati Putrajaya.

Para peserta yang hadir terdiri daripada anak-anak tempatan Putrajaya, sekali gus memperkukuhkan semangat kekitaan dan kebersamaan dalam komuniti.

Sepanjang program berlangsung, sesi santai turut diselitkan dengan perbincangan ringan mengenai hala tuju masa depan, kepentingan pendidikan, pembinaan sahsiah serta persediaan menghadapi alam pekerjaan. Penekanan diberikan kepada peranan anak muda sebagai aset penting negara kerana merekalah generasi yang bakal mewarisi kepimpinan pada masa hadapan.

Program ini juga menjadi medium untuk mengeratkan hubungan antara pimpinan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Putrajaya bersama golongan belia, selain menyemai semangat kepimpinan serta kesedaran terhadap tanggungjawab sosial dalam kalangan anak muda.

Penganjuran Program Santai Anak Muda Putrajaya dilihat sebagai usaha berterusan dalam membimbing dan memperkasa belia tempatan agar terus maju, berdaya saing serta bersedia menjadi pemimpin masa depan yang mampu menyumbang kepada pembangunan Putrajaya dan negara. – UMNO Online

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.