Rumah Bangsa – UMNO
Buat UMNO pedulikan kata orang-orang dan ramai “hater zahid hamidi” yang tengah sakit hati, merah mata, telinga panas, hidung berair bila UMNO bermuhasabah diri dengan melakukan “game changer” politiknya dengan mengwujudkan Rumah Bangsa di PAU 2025 oleh YAB Presiden DSZH. Macam-macam kritikan, pelbagai komen dan sindiran negatif dilontarkan. Saya amat bersetuju dgn kenyataan Tim Presiden YB DS Tok Mat Hassan, kenyataan dan komen negatif tidak terkesan sama sekali. Kalau guna bahasa pasar yang engkau panas kenapa???
Rumah hantu lah, rumah tiada dinding lah, rumah usang lah. Yang pasti mereka gusar dengan “game changer” ini kerana mereka ingin melihat kegagalan rumah bangsa ini agar mereka terus mempunyai alasan untuk kekal relevan bila UMNO kembali lemah. Puak-puak ini boleh diibaratkan “makan hati berulam jantung” sentiasa ingin melihat kegagalan orang lain. Sekurang-kurangnya kami sedang berusaha membersih dan membaik rumah kami sendiri berbanding rumah mereka (Perikatan Nasional) yang kini akan ranap pada bila-bila masa sahaja yang hanya menunggu masa untuk menyembah bumi.
Sekurang-kurangnya cadangan rumah bangsa UMNO adalah manifestasi untuk orang-orang UMNO yang terkhilaf dalam tindakan dan tingkah laku mereka sebelum ini. YAB Presiden UMNO menunjukkan kematangan politik, berjiwa besar, husnuzon dan berlapang dada dengan mengambil semangat Ramadhan Al Mubarak.
Nama-nama besar seperti KJ, DS H20 telah menyambut baik dengan inisiatif parti sudah cukup buat UMNO mengukuhkan kedudukan dan menambah kekuatan politiknya bagi menghadapi PRU16 kelak. Yang tidak ingin bersama tiada masalah, UMNO bukan ibarat “hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong”. UMNO hanya ingin memberi peluang keemasan kepada mereka yang ingin kembali. Itu sahaja.
Akhir kata, buat pemimpin yang suka melabelkan UMNO dengan pelbagai kejian, kata nista dan sebagainya. Banyak- banyak beristigfar dibulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga kita semua mendapat rahmat dan keampuan dari ALLAH SWT. Wallahuallam.
Gulam Muszaffar
Ketua UMNO Bhgn Batu WP

