Aktiviti & Komuniti

Persediaan Singgah Sahur UMNO Putrajaya Secara Gotong-Royong

PUTRAJAYA – Persediaan program singgah sahur anjuran UMNO Putrajaya berjalan lancar secara bergotong-royong, melibatkan Ahli Jawatankuasa (AJK) parti dan sukarelawan.

Penyediaan makanan diketuai oleh isteri Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datin Seri Anggraini Sentiyaki, yang memastikan setiap aspek persiapan berjalan lancar.

Program ini menyediakan juadah sahur percuma bagi golongan anggota keselamatan dan petugas barisan hadapan yang tentunya terikat dengan tugasan demi kesejahteraan masyarakat.

Sememangnya semangat kerjasama dalam kalangan AJK dan sukarelawan menjadi tunjang kejayaan dan keteguhan UMNO Putrajaya.

Ini kerana ia bukan sahaja dapat bersama-sama menjayakan program tetapi juga memperkukuh semangat komuniti, di samping menyemai budaya prihatin terhadap golongan kurang bernasib baik. – UMNOPutrajaya

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.