Berita

Tahniah Calon SPM… Tengku Adnan Seru Jadikan Pemangkin Kejayaan

PUTRAJAYA, 1 April – Bendahari UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tengku Adnan Tengku Mansor, mengucapkan tahniah kepada semua calon SPM yang telah menerima keputusan peperiksaan hari ini.

Beliau berkata, kejayaan yang diraih wajar dijadikan pemangkin untuk terus melangkah ke hadapan, manakala mereka yang kurang berjaya tidak harus berputus asa.

“Tahniah kepada semua calon SPM. Kepada yang berjaya, teruskan melangkah dengan yakin. Kepada yang kurang berjaya, jangan berputus asa kerana ini bukan pengakhiran, tetapi permulaan untuk bangkit semula,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mendoakan agar semua pelajar terus berjaya dan mampu mencorakkan masa depan yang lebih gemilang. – UMNOPutrajaya

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.