Berita

Deepavali MIC Dirai Bersama, Aplikasi Kesatuan Dalam Kepelbagaian

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah bersama-sama kepimpinan BN memeriahkan sambutan Deepavali MIC di PWTC hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Putrajaya menzahirkan ucapan tahniah kepada MIC yang mengadakan sambutan Deepavali dengan dihadiri oleh masyarakat pelbagai bangsa.

“Inilah kemajmukan negara kita, berkongsi kesejahteraan dan keamanan biarpun berlainan agama dan bangsa. BN telah terbukti mampu melestarikan perpaduan sebagaimana yang dilaksanakan sebelum ini dengan menagamlakna kesatuan dalam kepelbagaian,” katanya.

Sambutan Deepavali MIC telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini yang turut dihadiri oleh kepimpinan BN termasuklah Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidin dan juga Penasihat BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. – UMNOPutrajaya