Selamat Berbahagia Para Pengantin Putrajaya

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan selamat berbahagia kepada para pengintin baru yang telah meraikan mahligai perkahwinan hari ini.

Ini termasuklah majlis perkahwinan anak perempuan Setiausaha Bahagian Putrajaya, Datuk Shokri Shafee dan dua lagi jemputan di Parlimen ini.

Datuk Seri Tengku Adnan bersama isteri, Datin Seri Anggraini telah bersama-sama meluangkan masa menghadiri majlis perkahwinan tersebut dan mengucapkan tahniah kepada keluarga serta para pengantin.

Beliau turut mendoakan agar pasangan mempelai diberkati Allah dan berbahagia hingga ke akhir hayat. – UMNOPutrajaya

Artikel disiar pada November 2, 2019 - 8:29 pm oleh admin



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.