BeritaRencana

Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Putrajaya Terus Jadi Tumpuan

PUTRAJAYA – Biarpun UMNO/Barisan Nasional (BN) tidak lagi berkuasa dan bukan lagi kerajaan namun bantuan dan keprihatinannya terus ditagih oleh masyarakat dalam usaha untuk membantu meringankan beban dan permasalahan yang ada.

Selaras dengan itu, Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Putrajaya yang dibuka setiap hari Jumaat sentiasa menjadi tumpuan warga setempat sebagai tempat mengadu.

Ahli Parlimennya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Ketua UMNO Bahagaian Putrajaya melahirkan rasa simpati dan menghargai kehadiran mereka ini

“Semoga Allah SWT permudahkan semua urusan kita. Ada macam-macam aduan yang diterima dan hari ini mereka memulakan dengan mendoakan keberkatan dan kerahmatan dari Allah SWT. Semoga kita dilimpahi kesejahteraan dan dimurahkan rezeki.

“Insya-Allah, Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Putrajaya akan melakukan yang terbaik untuk semua kerana keutamaan adalah keselesaan dan kesejahteraan yang dapat dinikmati bersama,” katanya. –UMNOPutrajaya