UMNO Sebuah Perjuangan, Selamat Bersidang Para Perwakilan 2019

KUALA LUMPUR – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan Selamat bersidang kepada para perwakilan yang bakal menjadi suara rakyat untuk berhimpun dalam Perhimpunan Agung UMNO 2019.

Katanya, para perwakilan adalah mereka yang dipilih dari Bahagian dan memikul tanggungjawab untuk memegang amanah bukan sahaja kepada ahli UMNO yang tidak berkesempatan hadir dalam perhimpunan tetapi juga kepada masyarakat yang bergantung harap kepada parti ini.

“Kepada para pembahas pula, ini adalah peluang terbaik bagi menyampaikan suara akar umbi yang sebelumnya bermesyuarat di peringkat Cawangan kemudian Bahagian, mengadakan Konvensyen dan seterusnya bersidang dalam Perhimpunan Agung UMNO.

“Gunakanlah peluang dan ruang yang ada ini dengan sebaiknya kerana UMNO hari ini kembali menjadi harapan rakyat setelah tertipu dengan pelbagai janji-janji manis serta pelbagai tohmahan kepada kita,” katanya yang juga Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya.

Perhimpunan Agung UMNO 2019 akan berlangsung selama empat hari bermula 4 – 7 Dis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). – UMNOPutrajaya

Artikel disiar pada December 3, 2019 - 9:25 pm oleh admin



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.