Cuti Persekolahan Dimanfaat Dalam Majlis Khatan Beramai-ramai

PUTRAJAYA – Musim cuti persekolahan yang sinonim dengan acara keluarga dimanfaatkan oleh Parlimen Putrajaya dengan melancarkan pogram berkhatan beramai-ramai.

Sememangnya acara tersebut bukanlah asing bagi warga tempatan kerana telah menjadi program tahunan kepada Ahli Parlimennya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga mesra dipanggil ‘Ketua Kampung’ dalam memastikan para penduduk dapat melaksanakan apa-apa perancangan sebagai satu keluarga besar bersama.

Program ini adalah antara keprihatinan ketua kampung sebagai pemimpin tempatan terhadap para penduduk Putrajaya dengan menyediakan khidmat khatan secara percuma kepada anak-anak di sini.

Lebih menarik, sebelum majlis bermula anak-anak yang bakal berkhatan akan diraikan dengan meriah bersama ahli keluarga mereka.

Majlis khatan beramai-ramai ini akan berlangsung pada 8 Dis ini di Dewan Putra Harmoni, Presint 9, bermula jam 7.30 pagi. – UMNOPutrajaya

Artikel disiar pada December 5, 2019 - 9:02 pm oleh admin



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.