BeritaRencana

Terima Kasih Putrajaya Jayakan Program Berkhatan

PUTRAJAYA – Program berkhatan beramai-ramai anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya yang dikelolakan oleh Puteri UMNO Bahagian Putrajaya berlangsung lancar hari ini.

Lebih 120 anak-anak Putrajaya menyertai acara khatan yang dibuat secara percuma dengan dirasmikan oleh Ahli Parlimennya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya.

Selain itu Badan Amal Kasih Ibu turut memberikan sumbangan beras dan minyak masak untuk warga Putrajaya.

“Alhamdulillah hari ini saya dapat luangkan masa bersama anak-anak warga kampung saya. Program ini setiap tahun kita adakan dan Insya-Allah akan diteruskan pada masa akan datang.

“Sumbangan yang tidak seberapa ini semoga dapat mengurangkan sedikit sebanyak bebanan ibubapa di tambah pula dengan persiapan anak-anak untuk kembali ke sekolah.

“Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program hari ini,” katanya.

Program ini diadakan di Dewan Flat Putra Harmoni Presint 9, di sini. – UMNOPutrajaya